Tuesday, February 11, 2014

PERFORMANCE DRINK- ISOTONIK

Saya seorang rider biasa. Bukan profesional. Bukan orang muda belia. Hari ini 26/1/2014 sengaja nak buat eksperimen. Ujian ketahanan. Boleh ke tak saya kayuh dari rumah ke R&R Benta sejauh 20.5km? Pergi balik 41km. Pada tahun lepas selalu juga kayuh ke R&R Benta ni. Kali terakhir kayuh sejauh ini ialah semasa Kayuhan U-turn Koyan-Betau pada 1/1/2014.

REKOD LEPAS: Dari rumah ke R&R Benta, mesti stop kayuh @ 9.7km kat depan Kolej Vokasional SHAS. Lepak kat bas stop. Minum gatorade dulu. 5--10 minit rehat, sambung kayuh. Sambil kayuh kadang-kadang makan power bar. Sampai R&R Benta, pekena nasi lemak/roti canai + teh tarik/neskopi. Rehat jap, patah balik ke Lipis. Total 41km, lebih kurang 2 jam pergi balik dengan speed sederhana.Tak termasuk berhenti rehat dan makan.

HARI INI: Sarapan pagi kat rumah, sebuku roti bun potato, 3 teguk minuman isotonik. Itu sahaja. Sengaja tak nak campur faktor lain. Start kayuh 8.31am. Fuuh...! Lain macam rasa. Sedar tak sedar dah sampai kat Jambatan Timbang JPJ. Tengok meter dah km15. Koleh SHAS dah terlepas! Sambil kayuh saya teguk la air isotonik dalam botol yang saya selit kat bar frame.



Sampai R&R Benta, rehat jap. Tengok jam pukul 9.20am. Tak rasa teringin pula nak pekena nasi lemak dan neskopi. Minum air yang dibawa sahaja. Snap gambar sikit. Ada la kucing kat tempat saya rehat tuu... Layan kucing jap. Selepas 15 minit, saya patah balik ke Lipis. Pun tak berhenti kayuh. Walaupun ada uphill sikit. Sampai rumah 10.26am. Masa pergi =49 minit. Masa balik 53 minit. Total 1 jam 42 minit. Sampai rumah lebih awal 18 minit. Biasa 2 jam paling cepat.

Sampai simpang rumah, saya tidak terus membelok masuk. Terasa masih boleh kayuh lagi. Saya terus kayuh ke hadapan hingga ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Jaraknya 4.64km. Pergi balik 9.28km.

Terima kasih banyak kepada Anisah Khalid yang memperkenalkan dan mengesyorkan saya mengambil minuman isotonik Performance Drink. Memang pure hidrasi. Membekalkan elektolit kepada badan. Tenaga serta merta. Elakkan dehidrasi walaupun saya tak bawa bekal air lain semasa kayuh. Sebab minuman isotonik ini hidrate jauh lebih baik daripada air biasa.

Secara peribadi saya dah buat pencapaian yag menarik hari ini. Alhamdulillah. Tahniah untuk diri. Satu lagi yang mengejutkan saya ialah ketika mendaki bukit di simpang rumah. Setiap kali mendaki, saya akan tercungap-cungap walaupun guna gear yang paling ringan (gigi belakang 28). Tapi kali ini tidak pula. Sambil mendaki saya merasakan kelainannya. Tenang aje.. Heart rate laju sedikit sahaja daripada kadar normal.

Saya benar-benar teruja.. Kerana suka sangat, saya hadiahkan diri saya dengan kayuh dua kali lagi pusing taman perumahan. Sambil tu, saya terfikir kalau saya tak tidur lewat malam tadi, mungkin prestasi saya lebih baik. Namun saya puas hati, objektif saya dah tercapai dapat kayuh pergi balik rumah- RnR Benta. Namun saya dapat bonus masa 18 minit dan bonus jarak 9.28km.

Dest: 50.28km. Calories: 705.3 Max speed: 51.1 (turun bukit pun kayuh.hehe..), Av. 21.9 Time 1.42

Saya sangat-sangat mencadangkan Perfomance Drink ni kepada rakan-rakan riders yang lain.

Juga buat sesiapa sahaja yang inginkan prestasi tenaga semasa bekerja. Tak kira kerja berat, kerja lama, kerja dalam pejabat atau di kebun, memandu atau bersukan.

Monday, February 3, 2014

ROKOK DAN CINTA... ADA DALAM DADA..

Dulu, semasa belum kahwin saya merokok. Saya hisap rokok sejak zaman sekolah menengah lagi. Bila masuk  maktab, ada elaun, saya terus merokok dengan aktif. Bila dah keluar maktab, ada gaji, saya upgrade rokok kepada yang lebih mahal.

Sehinggalah suatu masa, saya jatuh cinta kepada seorang gadis. Bakal isteri saya itu menasihati saya agar berhenti merokok. Tak jemu-jemu dia menasihati saya. Sehinggakan dia kata dia lebih rela melihat saya berperut boroi daripada melihat badan saya kurus kering dan poket kering akibat merokok. Mak aii... cinta punya pasal, akhirnya saya berhentilah merokok dengan susah payahnya... adalah dalam setahun baru dapat berhenti sepenuhnya.

Kini, kepada rakan-rakan dan kaum lelaki yang ingin berhenti merokok. Anda tak perlu jatuh cinta dengan wanita untuk sekali lagi.. Para isteri pun tak suka ini berlaku kepada suami kaaann?
Haaa... kalau gitu,  Jom ambil supplemen ini. VIVIX.

Kesan akan dapat dirasai seawal 24 jam. Bergantung kepada individu. Ada yang lebih awal. Rokok akan terasa pahit bagai hempedu.  Deria rasa pada lidah akan makin sensitif.


hubungi saya: Fazli Mohd Bazin 0139987672  @ whatsApps

HIDUP INI UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA


Ya,untuk memberi kita mestilah memiliki. 

Semakin banyak yang kita miliki, semakin banyak yang boleh kita beri. 

BERSAMA KITA BERUSAHA  JADI KAYA DAN BERJAYA  DI DUNIA AKHIRAT..


BERMINAT MENJADI AHLI SHAKLEE?

 
Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit

Atau, pembelian bernilai RM 680 (=200 UV) akan mendapat keahlian PERCUMA.
 

Yuran Keahlian adalah seumur hidup.

Nikmati potongan harga 15-20% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
Tidak perlu berkejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.

 Tidak perlu menyimpan stok di rumah.  Boleh diuruskan di mana-mana dan bila-bila masa bersama laptop, atau telefon pintar.



Bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.

SISTEM yang kami gunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee di bawah group JUTAWAN. Menjana INCOME 3-4-5 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!



HUBUNGI SAYA SEKARANG!  Fazli Mohd Bazin 0139987672 (whatsApps/facebook)



THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK.!

Wednesday, January 29, 2014

SELAMAT DATANG

Sedikit Perkenalan Diri

Kali pertama saya menggunakan produk Shaklee ialah apabila saya pergi bercuti ke Jepun pada 23 hingga 28 Nov 2013.  Pada masa tersebut di Tokyo baru sahaja berakhir musim gugur. Namun cuaca sudah mulai sejuk. Sehingga hari ke 3 di Osaka,  saya masih belum buang air besar. Mungkin disebabkan saya kurang minum air. Maklumlah cuaca sejuk. Perut rasa tak selesa. Saya ceritakan hal ini kepada Kak Suhaidah (Kak Su).

Beliau memberikan saya 3 biji tablet alfalfa.  Saya cuba. Tak sampai 2 jam selepas itu saya sudah boleh buang air besar. Kak Su syorkan saya guna produk Shaklee untuk detox dan pencegahan penyakit. Tak hairanlah Kak Su kelihatan awet muda walaupun beliau sudah tak berapa lama lagi akan bersara daripada perkhidmatan awam. Serius, beliau tak nampak tua pun. Harus diingat beliau punyai 11 orang anak.!

Selepas itu balik ke Malaysia, saya contact anak Kak Su, Anisah untuk register sebagai ahli. Sejak itu saya terus menggunakan pelbagai produk Shaklee yang mana sesuai dengan masalah kesihatan saya dan untuk tujuan pencegahan penyakit.

Di samping itu saya juga berkongsi kebaikan produk ini dengan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang inginkan kehidupan yang lebih sihat, muda, bertenaga dan efektif.

Saya berpegang kepada prinsip Prevention Is Better Than Cure. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Apabila kita sudah sakit, kita baru terfikir, " mengapalah aku tidak berusaha menjaga kesihatan diri sebelum ini..."

Yang pasti kos mengubat penyakit lebih tinggi, khususnya pada masa kini semua harga barang dan perkhidmatan semakin naik menggila. Lagi satu, adakah ubat yang kita bayar dapat betul-betul menghilangkan peyakit yang kita sedang hadapi?




Memang secara umumnya sekali pandang produk Shaklee agak tinggi harganya. Bila kita lihat semula kuantiti tabletnya sebenarya banyak. Misalnya Vit C boleh digunakan sehingga 6 bulan dengan mengambil sebiji sehari.   Namun apa yang penting kesannya yang sangat nyata. Sangat efektif. Itupun sudah cukup memuaskan hati. So, produk Shaklee beri kita keuntungan dari segi kuantiti dan kualiti. Tidak lupa kepada yang minat bisnes, Shaklee beri keuntungan bonus setiap bulan.

Hubungi saya  FAZLI MOHD BAZIN ( FACEBOOK /WHATSAPPS)
SID KUALA LIPIS
0139987672
BLOG: http://fazlibazin.blogspot.com